Pages

Thursday, January 27, 2011

WARKAH~~~

Takkan lagi aku menunggu’
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku’
Puasku mengharapkan dirimu’
Seperti mereka yang punya cinta’
Diriku tanpa dirimu’
Kau tak mungkin menemui bahagia’
Diriku mahu kau tahu’
Pedih ini kau tak terasa’
Warkahku mengharapkan dirimu’
Seperti yang aku kenali dulu’
Setiaku menantikan dirimu’
Seperti setianya terhadap diriku’
Tapiku melepaskanmu’
Melangkah tapi tak berdaya’
Terusku terus menunggu’
Cinta yang takkan pernah ada’

‘This song sing by bau’ dedicate from me 4 sum1 who already give me da sweet hurted’

Friday, January 14, 2011

terkedu seketika ~~~

assalamualaikum n hye sume'

this time hati nak story with u all about my life' takde la banyak sangat' adalah sikit kot' cerita pasal hidup hati pada masa lalu yang bersangkutan hingga kini' masa hati belajar di kolej dulu' hati telah mengenali seorang insan yang sangat-sangat menyakitkan hati' pantang berjumpa' ada sahaja yang tidak kena' pasti kami akan bertegang urat' kadang-kadang hati tertanya-tanya sendiri' kenapalah sikap insan itu begini'

then, tanpa disedari' situasi itu membuah rasa' sebuah rasa dan perasaan yang hati sendiri sukar tafsirkan' semua ini kami sedari setelah kami mulai berjauhan' rasa itu sedikit demi sedikit menyelinap ke dalam kalbu' pada mulanya hati merasakan mungkin otak hati sudah tidak betul akibat terhantuk di mana-mana' almaklumlah' first time' dari zaman sekolah tak pernah pulak nak terjebak dengan rasa-rasa yang macam itu' tapi inilah kenyataannya kerana insan tersebut turut berkongsi rasa dengan apa yang hati alami' nyata naluri kami tidak salah'

setelah hampir setahun kami berkenalan' insan berkenaan mencurahkan rasa hatinya' berterus terang dengan hati' tentang apa yang beliau rasa' dari asyik bergaduh' benci' tak suka' menyampah' semuanya bertukar menjadi rindu dan sayang' tapi hati bukanlah manusia yang romantik' malah mungkin berhati dingin' hati cuba menolak rasa itu jauh-jauh pada awalnya' tetapi akhirnya' hati tetap menerima insan berkenaan' kami mula menyulam bahagia bersama' walaupun kedudukan kami jauh terpisah' tapi bagi kami itu bukan penghalang' kadang-kadang hati rasa macam tak percaya dengan apa yang telah berlaku antara kami' saat-saat manis adalah ketika kami bergaduh dan saling menyakiti hati antara satu sama lain'  kenangan ini sering membuatkan hati tersenyum sendirian' sangat manis pada kami'

hati sangkakan panas hingga ke petang' tapi ternyata sudah takdir tuhan yang hujan tetap akan turun di tengah hari' diri hati kebasahan ditimpa hujan itu' dan ia menyebabkan hati derita sehingga kini' hanya kerana  hati bukan calon pilihan' hanya kerana hati tidak mahu beliau menjadi anak derhaka' hanya kerana hati terlalu sayang' hanya kerana hati menghormati status seorang ibu' hati terpaksa menolak semua rasa yang tersimpan dalam diri hati ini' hanya kerana janji' hati telah menolak insan berkenaan jauh dari hidup hati' semuanya berubah sekelip mata hanya kerana itu' dan hingga kini hati masih terasa akan lukanya' deritanya' pedihnya''' hanya hati yang tahu''''

insan berkenaan pula akhirnya akur dengan permintaan ibunya' setelah hati tekad menolaknya dari hidup hati' jelasnya' kami masih berkawan dan insan berkenaan tidak tahu menahu tentang janji hati pada ibunya' sekarang beliau sedang meniti bahagia bersama calon pilihan ibunya' dan terus terang hati ingin katakan' hati terkedu dengan jemputan yang dihulurkan' dan insan berkenaan mengharapkan kehadiran hati semasa majlisnya berlangsung' sedih rasa hati' menangis hati sendirian' kerana ia sangat-sangat melukai hati ini' kenapa beliau terus-terusan menduga hati begini' tercalar emosi hati' dengan tindakannya itu' untuk apa' dan kenapa' perlukah hati menyaksikan sesuatu yang hati tahu bakal menghancurkan hati ini seteruk-teruknya'

ketahuilah' hati masih lagi menyayanginya' walaupun hati cuba membuang rasa ini jauh-jauh' ia kembali dan menyakiti hati' bukan niat hati untk menyakiti insan berkenaan' kerana ketahuilah disini hati adalah insan yang lebih terluka' apabila terpaksa melepaskan sesuatu yang benar-benar hati sayang demi orang yang lebih berkepentingan'

maafkan hati' hati tidak cukup kuat untuk menyaksikannya' dan ketahuilah' hati sentiasa mendoakan yang terbaik untuk insan berkenaan' dan hati turut berdoa agar insan berkenaan memperoleh kebahagian yang berpanjangan' terima kasih untuk segalanya' mulai esok' sejarah semalam akan ku tinggalkan' langkah baru akan ku atur' walau pedih rasa hati' akan ku gagahkan jua diri berlalu pergi dari terus mengingatimu' terima kasih sekali lagi untuk segala-galanya' hati doakan yang terbaik untuk kamu berdua' AMIN~~~

Sunday, January 9, 2011

pembukaan tahun 2011'

assalamualaikum n hye there'''

mula-mula sekali' hati wanna 2 say sorry  kt sesape yang ada terbaca blog hati nie' dalam beberapa minggu nie banyak kerja yang hati kena lakukan' almaklumlah' dah masuk tirai tahun baru' so, sebelum terlambat hati ingin mengucapkan 'Happy New Year' pada semua yang berkenaan' hehehe'''

so' sebenarnya banyak mende yang dah jadi kt hati' setiap hari' macam-macam mende dah jadi'  situasi ini menyebabkan hati rasa runsing sangat' jadi apa yang harus hati lakukan??? cara terbaik' mungkin hati patut bercuti panjang dan menenangkan pemikiran yang kusut nie' tapi hati tak dapat la nak buat macam 2' nanti ada orang yang bising plak' apalah nasib'' tabahlah wahai hati''''

tapi tak kesahlahkan' yang penting hidup mesti terus' kena selalu hidup bergembira dan bersyukur dengan apa yang ada' semoga ALLAH S.W.t  memberkati kehidupan kita semua' AMIN~~~

Wednesday, December 29, 2010

kisah hati hari ini''''

assalamualaikum n hye there'''

hari nie hati nak story psal sesuatu yang telah berlaku pada orang yang berada disekeliling hati' ermmm' ceritanya macam nie' ada seorang insan nie bakal bergelar seorang ibu' jadi bagi sesorang wanita' saat-saat begini merupakan hari-hari yang membahagiakan dalam hidupnya'' begitulah apa yang insan ini rasa' perasaan yang sangat gembira dan bahagia'

tapi telah ditakdirkan tuhan' kegembiraan itu tidak berpanjangan' insan ini telah terpilih untuk menerima dugaan dariNYA' dan dugaan ini telah merangut segala rasa gembira dan bahagia yang baru dikecapi oleh insan tersebut' kasihan rasanya hati pada beliau' hati sendiri tidak mampu berbuat apa-apa' dan secara jujurnya' hati berasa sangat sedih dengan apa yang telah menimpa dirinya'''

doktor mengatakan' kandungan insan berkenaan yang hampir mencecah 4 bulan' tidak dapat diselamatkan'berikutan pemeriksaan yang dijalankan' terdapat ketulan darah-darah beku di rahim si ibu' maka kandungan beliau tidak dapat diteruskan' kerana risikonya amat tinggi jika diteruskan dan bakal membahayakan nyawa si ibu' keadaan ini juga menyebabkan insan tersebut mengalami pendarahan yang berterusan' kerana tiada jalan lain' pembedahan segera terpaksa dilakukan demi menyelamatkan nyawa si ibu'''

setelah beberapa jam di bilik bedah' akhirnya nyawa insan berkenaan dapat diselamatkan' apa yang membuatkan hati ini rasa tersayat adalah' apabila hati terdengar rintihan insan berkenaan yang sayu dan lirih' sedih rasa hati''' insan berkenaan bertanyakan keadaan bayi yang dikandungkan olehnya' terdetik disudut hati ini' mampukan insan tersebut menerima hakikat yang beliau telah kehilangan bayinya' hati bagai tidak dapat berkata-kata melihat situasi itu' mata hati mulai berkaca' macam manalah penerimaan insan berkenaan atas apa yang telah menimpa dirinya' hati hanya mampu berdoa kepada ALLAH S.W.T' semoga ALLAH memberkati hidup insan berkenaan'

semoga insan berkenaan memperoleh kekutan dan ketabahan dalam meneruskan kehidupannya demi mengaharungi hari-hari yang mendatang' hati juga berdoa semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas bayi insan berkenaan' kerana bayi itu telah pergi menemui penciptaNYA'' AMIN~~~~

Tuesday, December 28, 2010

da first one'

assalamualaikum n hye there''''

pembuka bicara untuk my blog'  nway jz wanna 2 introduce mia self first' i'm da owner of this blog' only human' same macam orang len' hanya manusia biasa' hidup dalam kalangan orang biasa' yang menjalani hidup secara biasa2''' suda bekerja' tapi still not wake up from mia life dream' tersangatla suka mende2 yang merepek2' sangat sukakan awan' sangat cintakan komik n anime' dan segala macam mende yang terkadang tidak disangka2' muahahaha'''' ape2 hal pon anda suka atau tidak' kan kuteruskan jua' niat' dan rasa untuk melakarkan sesuatu disini' agar segala rasa yang terbuku dapat dikongsi bersama' supaya dapat dijadikan pengajaran dalam meneruskan kehidupan''''