Pages

Showing posts with label apa kata hati. Show all posts
Showing posts with label apa kata hati. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak'''

assalamualaikum....n hye there......

pekabo sume' hope everything are going fine''' hati kt sini' alhamdulillah' masih lagi sehat' syukur kepadaNYA kerana masih memberi kesempatan pada diri ini terus bernafas di atas muka bumi ini' serta masih di buka peluang untuk merasai nikmat ramadhan'''''

sedar tak sedar' hari nie dah masuk hari ke-2 kita berpuasa didalam bulan ramadhan yang mulia ini' serasa seakan cepat masa itu berlalu' sungguh la' betapa besarnya percaturan alam yang telah di aturkan olehNYA'''' jadi dengan kesempatan yang ada ini' hati ingin mengucapkan selam berpuasa kepada semua umat islam diluar sana' semoga ramadhan kali ini lebih bermakna kepada kita semua' insya'ALLAH' AMIN'''''


semoga bertemu lagi dilain entry ea' salam ramadhan sekali lagi buat semua' semoga kehidupan kita akan lebih diberkati dan dilindungi olehNYA''


Sunday, May 22, 2011

aku dengan what da huhuhu~~~

assalamualaikum n hye there......

pekabo sume' sehatkah' hope so sumenyer sehat-sehat belaka hendaknyer' rasanyer da agak lama jugak hati tak menconteng kat blog nie' almaklumlah...bz semendang dengan kerja' biasa la kalo cakap pasal kerja sampai bila-bila pun takkan pernah nak abes' huhuhu''' selain itu juga, hati nak ucapkan trimas bebanyak kt viewer yang menjenguh ke blog hati nie' komen-komen kamu sume akan hati jadikan panduan.

oklah....sekarang nie hati kat kampung' cuti hujung minggu' mane lagi kan' nak kuar jejalan sumer member duk bz manjang' maka terperap saja la hati di rumah nie' cehh...ibarat insan pingitan gitu...muahahahahaha'''(kelihatan agak perasan bunyinyer disitu' tp ape bleh buat kan..ADA AKU KESAH' BETUL????) hohoho~~

so, tadi siang hati duk menghadap mak''' sambil borak-borak kosong kat depan umah' then, tetibe mak tanya soalan cepu emas kepada hati'' terkedu hati seketika....arghhhhhhh' tension hati' apesal la time-time gini mak duk tanya' time hati duk amik angin petang bagi melapangkan pale otak yang da naik serabut dengan kejadah-kejadah yang xpenah nak sudah 2' mak tanya ke hati' kamu dah ada calon ke belum? kalau dah ada, bawak la jumpe mak nie' kalo boleh mak nak kamu kawen sebelum hujung tahun depan' jangan lewat-lewat sangat...umur kamu 2 da makin meningkat' huhuhuhu...sungguhla''' sedih rasa hati aku nie' bukannyer hati tak mahu hidup bahagia macam orang lain' tapi mungkin masanya masih belum tiba' bahagia itu bukan mudah untuk dicari' kata-kata mak itu membuatkan hati terimbas kembali kesah lalu hati yang telah hati bungkus dahulu' sedih rasanya' bila mengenangkan orang yang kita sayang kini sedang menganyam bahagia bersama insan lain' bukan hati tak mahu bahagia itu' tapi belum sampai waktunya ia menjadi milik hati' hati percaya pada takdir' masanya tetap akan tiba' kuatkanlah hati ini ya ALLAH.....

hmm...bukannya hati tak pernah mencuba' telah hati buka ruang di hati ini seluasnya' tapi hati gagal menemukannya' dia yang hati kenali itu' memanglah seorang yang baik' sangat take care' sentiasa ada ketika hati memerlukannya' selalu cuba mengembirakan hati' bukanlah hati tidak bersyukur akan hadirnya dalam hidup hati' secara tulus dan jujurnya ingin hati nyatakan disini' hati sangat bersyukur tentang hadirnya''' tapi sungguh la' masih ada ruamg-ruang kosong yang tertinggal antara kami' dia terlalu bz dengan kerja-kerjanya' hinggakan tiada masa untuk hati' hati tak mintak banyak' hati tak pernah mintak pun dia spend masa whole day dengan hati kalo die bercuti' bagi hati cukuplah kalau die sekadar msg hati bertanya khabar' itupun sudah cukup bagi hati' tapi ini tidak' nak msg hati pun susah' hati rasa sedih sangat' kenapa kami jadi macam nie' sabab hati sudah mulai sayang padanya' tapi kesibukannya dengan kerja sepanjang hari semakin membunuh rasa hati yang bercambah untuknya' apa yang harus hati lakukan' hati rasa sedih sesangat''''

sekarang nie' hati hanya mampu berdoa' agar semuanya baik dan hubungan ini dapat diselamatkan' jangan dihilangkan rasa percaya yang mula bertunas ini''' ya ALLAH' berikanlah ketabahan dan kekutan kepada hambamu ini untuk meneruskan hidup yang penuh dugaan dan onak duri ini' AMIN~~~'''

Monday, March 21, 2011

sekadar kongsian bersama'

assalamualaikum n hye there'''

kali nie' hati cume nk kongsi tentang satu artikel yang menarik' post ini hati perolehi dr salah satu blog yang selalu hati ikuti' harap post ini dapat memberi renugan dan manfaat b uat kite sume'


Daun Yang Jatuh Takkan Membenci Angin Bertemu dan Berpisah KeranaNya

Posted 09 September 2010 - 04:27 AM
“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.
KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.
PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”




Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46

Sunday, January 9, 2011

pembukaan tahun 2011'

assalamualaikum n hye there'''

mula-mula sekali' hati wanna 2 say sorry  kt sesape yang ada terbaca blog hati nie' dalam beberapa minggu nie banyak kerja yang hati kena lakukan' almaklumlah' dah masuk tirai tahun baru' so, sebelum terlambat hati ingin mengucapkan 'Happy New Year' pada semua yang berkenaan' hehehe'''

so' sebenarnya banyak mende yang dah jadi kt hati' setiap hari' macam-macam mende dah jadi'  situasi ini menyebabkan hati rasa runsing sangat' jadi apa yang harus hati lakukan??? cara terbaik' mungkin hati patut bercuti panjang dan menenangkan pemikiran yang kusut nie' tapi hati tak dapat la nak buat macam 2' nanti ada orang yang bising plak' apalah nasib'' tabahlah wahai hati''''

tapi tak kesahlahkan' yang penting hidup mesti terus' kena selalu hidup bergembira dan bersyukur dengan apa yang ada' semoga ALLAH S.W.t  memberkati kehidupan kita semua' AMIN~~~

Wednesday, December 29, 2010

kisah hati hari ini''''

assalamualaikum n hye there'''

hari nie hati nak story psal sesuatu yang telah berlaku pada orang yang berada disekeliling hati' ermmm' ceritanya macam nie' ada seorang insan nie bakal bergelar seorang ibu' jadi bagi sesorang wanita' saat-saat begini merupakan hari-hari yang membahagiakan dalam hidupnya'' begitulah apa yang insan ini rasa' perasaan yang sangat gembira dan bahagia'

tapi telah ditakdirkan tuhan' kegembiraan itu tidak berpanjangan' insan ini telah terpilih untuk menerima dugaan dariNYA' dan dugaan ini telah merangut segala rasa gembira dan bahagia yang baru dikecapi oleh insan tersebut' kasihan rasanya hati pada beliau' hati sendiri tidak mampu berbuat apa-apa' dan secara jujurnya' hati berasa sangat sedih dengan apa yang telah menimpa dirinya'''

doktor mengatakan' kandungan insan berkenaan yang hampir mencecah 4 bulan' tidak dapat diselamatkan'berikutan pemeriksaan yang dijalankan' terdapat ketulan darah-darah beku di rahim si ibu' maka kandungan beliau tidak dapat diteruskan' kerana risikonya amat tinggi jika diteruskan dan bakal membahayakan nyawa si ibu' keadaan ini juga menyebabkan insan tersebut mengalami pendarahan yang berterusan' kerana tiada jalan lain' pembedahan segera terpaksa dilakukan demi menyelamatkan nyawa si ibu'''

setelah beberapa jam di bilik bedah' akhirnya nyawa insan berkenaan dapat diselamatkan' apa yang membuatkan hati ini rasa tersayat adalah' apabila hati terdengar rintihan insan berkenaan yang sayu dan lirih' sedih rasa hati''' insan berkenaan bertanyakan keadaan bayi yang dikandungkan olehnya' terdetik disudut hati ini' mampukan insan tersebut menerima hakikat yang beliau telah kehilangan bayinya' hati bagai tidak dapat berkata-kata melihat situasi itu' mata hati mulai berkaca' macam manalah penerimaan insan berkenaan atas apa yang telah menimpa dirinya' hati hanya mampu berdoa kepada ALLAH S.W.T' semoga ALLAH memberkati hidup insan berkenaan'

semoga insan berkenaan memperoleh kekutan dan ketabahan dalam meneruskan kehidupannya demi mengaharungi hari-hari yang mendatang' hati juga berdoa semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas bayi insan berkenaan' kerana bayi itu telah pergi menemui penciptaNYA'' AMIN~~~~

Tuesday, December 28, 2010

da first one'

assalamualaikum n hye there''''

pembuka bicara untuk my blog'  nway jz wanna 2 introduce mia self first' i'm da owner of this blog' only human' same macam orang len' hanya manusia biasa' hidup dalam kalangan orang biasa' yang menjalani hidup secara biasa2''' suda bekerja' tapi still not wake up from mia life dream' tersangatla suka mende2 yang merepek2' sangat sukakan awan' sangat cintakan komik n anime' dan segala macam mende yang terkadang tidak disangka2' muahahaha'''' ape2 hal pon anda suka atau tidak' kan kuteruskan jua' niat' dan rasa untuk melakarkan sesuatu disini' agar segala rasa yang terbuku dapat dikongsi bersama' supaya dapat dijadikan pengajaran dalam meneruskan kehidupan''''