assalamualaikum n hye sume'
this time hati nak story with u all about my life' takde la banyak sangat' adalah sikit kot' cerita pasal hidup hati pada masa lalu yang bersangkutan hingga kini' masa hati belajar di kolej dulu' hati telah mengenali seorang insan yang sangat-sangat menyakitkan hati' pantang berjumpa' ada sahaja yang tidak kena' pasti kami akan bertegang urat' kadang-kadang hati tertanya-tanya sendiri' kenapalah sikap insan itu begini'
then, tanpa disedari' situasi itu membuah rasa' sebuah rasa dan perasaan yang hati sendiri sukar tafsirkan' semua ini kami sedari setelah kami mulai berjauhan' rasa itu sedikit demi sedikit menyelinap ke dalam kalbu' pada mulanya hati merasakan mungkin otak hati sudah tidak betul akibat terhantuk di mana-mana' almaklumlah' first time' dari zaman sekolah tak pernah pulak nak terjebak dengan rasa-rasa yang macam itu' tapi inilah kenyataannya kerana insan tersebut turut berkongsi rasa dengan apa yang hati alami' nyata naluri kami tidak salah'
setelah hampir setahun kami berkenalan' insan berkenaan mencurahkan rasa hatinya' berterus terang dengan hati' tentang apa yang beliau rasa' dari asyik bergaduh' benci' tak suka' menyampah' semuanya bertukar menjadi rindu dan sayang' tapi hati bukanlah manusia yang romantik' malah mungkin berhati dingin' hati cuba menolak rasa itu jauh-jauh pada awalnya' tetapi akhirnya' hati tetap menerima insan berkenaan' kami mula menyulam bahagia bersama' walaupun kedudukan kami jauh terpisah' tapi bagi kami itu bukan penghalang' kadang-kadang hati rasa macam tak percaya dengan apa yang telah berlaku antara kami' saat-saat manis adalah ketika kami bergaduh dan saling menyakiti hati antara satu sama lain' kenangan ini sering membuatkan hati tersenyum sendirian' sangat manis pada kami'
hati sangkakan panas hingga ke petang' tapi ternyata sudah takdir tuhan yang hujan tetap akan turun di tengah hari' diri hati kebasahan ditimpa hujan itu' dan ia menyebabkan hati derita sehingga kini' hanya kerana hati bukan calon pilihan' hanya kerana hati tidak mahu beliau menjadi anak derhaka' hanya kerana hati terlalu sayang' hanya kerana hati menghormati status seorang ibu' hati terpaksa menolak semua rasa yang tersimpan dalam diri hati ini' hanya kerana janji' hati telah menolak insan berkenaan jauh dari hidup hati' semuanya berubah sekelip mata hanya kerana itu' dan hingga kini hati masih terasa akan lukanya' deritanya' pedihnya''' hanya hati yang tahu''''
insan berkenaan pula akhirnya akur dengan permintaan ibunya' setelah hati tekad menolaknya dari hidup hati' jelasnya' kami masih berkawan dan insan berkenaan tidak tahu menahu tentang janji hati pada ibunya' sekarang beliau sedang meniti bahagia bersama calon pilihan ibunya' dan terus terang hati ingin katakan' hati terkedu dengan jemputan yang dihulurkan' dan insan berkenaan mengharapkan kehadiran hati semasa majlisnya berlangsung' sedih rasa hati' menangis hati sendirian' kerana ia sangat-sangat melukai hati ini' kenapa beliau terus-terusan menduga hati begini' tercalar emosi hati' dengan tindakannya itu' untuk apa' dan kenapa' perlukah hati menyaksikan sesuatu yang hati tahu bakal menghancurkan hati ini seteruk-teruknya'
ketahuilah' hati masih lagi menyayanginya' walaupun hati cuba membuang rasa ini jauh-jauh' ia kembali dan menyakiti hati' bukan niat hati untk menyakiti insan berkenaan' kerana ketahuilah disini hati adalah insan yang lebih terluka' apabila terpaksa melepaskan sesuatu yang benar-benar hati sayang demi orang yang lebih berkepentingan'
maafkan hati' hati tidak cukup kuat untuk menyaksikannya' dan ketahuilah' hati sentiasa mendoakan yang terbaik untuk insan berkenaan' dan hati turut berdoa agar insan berkenaan memperoleh kebahagian yang berpanjangan' terima kasih untuk segalanya' mulai esok' sejarah semalam akan ku tinggalkan' langkah baru akan ku atur' walau pedih rasa hati' akan ku gagahkan jua diri berlalu pergi dari terus mengingatimu' terima kasih sekali lagi untuk segala-galanya' hati doakan yang terbaik untuk kamu berdua' AMIN~~~
No comments:
Post a Comment