assalamualaikum n hye there'''
hmmm''' lame gak da tak menulis kat sini' dan lame gak da tak mencurah rasa di sini' dalam tempoh ini' terlalu banyak perkara yang telah berlaku disekeliling hati' berkenaan orang yang dekat dengan hati' jadi di sini hati ingin berkongsi sesuatu dengan kalian' akan hati buka sedikit tirai semalam untuk panduan semua' bukan untuk menyalahkan sesiapa' tapi' cukuplah sekadar buat renungan kita semua'''
beberapa minggu lepas' semasa hati sedang bekerja' hati dikejutkan dengan berita yang anak salah seorang rakan hati meninggal dunia' makan tertanya-tanyalah di dalam diri hati' anak yang mana satu' dan ternyata' hati amat terkejut bahawa anak beliau yang meninggal itu adalah anak yang beliau baru lahirkan' kasihan rasanya' sedih tak terkata' anak yang dikandungkan selama 9 bulan' yang dikendong dengan susah payah' yang di nanti penuh kesabaran itu' tidak sempat hendak memijakkan kaki ke tanah' rasanya tidak sampai 3bulan pun usianya' tetapi telah pergi dijemput yang maha pencipta''''
hati dikhabarkan' ketika kejadian' si ibu baru pulang dari bekerja' kemudian singgah ke nursery untuk menjemput bayinya' apabila ditanya kepada penjaga nursery berkenaan dimana bayinya' insan yang berkenaan pun menyatakanlah bahawa bayi si ibu ini sedang tidur di dalam bilik setelah diberi susu' dan tanpa berlenggah lagi' si ibu pun menuju ke arah bilik berkenaan untuk membawa bayinya pulang' tetapi ketika si ibu melihat bayi beliau didalam buaian' maka terkejutlah si ibu kerana bayinya sudah kebiruan dan lembik' si ibu merasa tidak sedap hati dan terus membawa bayinya ke sebuah hospital' dan bayinya telah diberikan rawatan kecemasan' tp sayangnya' bayi si ibu ini tidak dapat diselamatkan' maka bercucuranlah air mata si ibu itu' sedih rasa hati melihat keadaannya' sampai si ibu tidak mampu hendak menangis lagi' airmatanya seakan kering pada pandangan mata hati' bedah siasat telah dilakukan' dan keputusan menunjukkan bahawa bayi ini tersedak susu' kesekatan ini menyebabkan bayinya menghadapi kesukaran untuk bernafas dan oksigen tidak sampai ke otak' bayangankanlah' semuanya berlaku kerana kecuaian pihak yang berkenaan'
hmmm' sedih pula rasanya bila mengimbau kisah rakan sekerja hati ini' apa yang kita mampu lakukan' sama-samalah kita berdoa agar si ibu dan keluarganya diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan yang menimpa ini' semoga ALLAH S.W.T memberkati hidup mereka dan mencucuri rahmat keatas anak mereka' AL-FATIHAH~~~
No comments:
Post a Comment